MAIN CAST
Liyana Jasmay as LYN
Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen (Ezani) as ALI
Juliana Sophie Binti Johari Evans as SOFIE
Nas Muammar Zar (NAS-t) as ABU
Ani Zayanah Ibrahim (Zeyna) as ADII
Click on cast for more info


KAMI The Series follows the individual storiesof a group of five friends and the events that lead them to find each other.

KAMI adalah kisah persahabatan lima orang sahabat dan perjalanan mereka dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

LYN is a small town girl who dreams of pursuing journalism and traveling around the world. In her spare time she writes her own fanzine called KAMI under the pseudonym Teka Teki. Independent and streetwise, Lynn makes extra pocket money by selling her fanzines and her homework to the kids at school. But in an attempt to gain more cash to replace her old computer she unwittingly gets herself embroiled with a drug-dealer named Boy forcing her mother to make the decision to move the family to KL.

As they adjust to life in the big city, Lynn soon finds herself making new friends.

LYNN adalah seorang gadis pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Berdikari dan pandai membawa diri beliau menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. Berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis majalahya sendiri – KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki.

Tetapi dalam keghairahannya untuk mendapatkan duit Lynn bertembung dengan seorang penjual dadah yang bernama Boy dan mula terjerumus dalam dunia pengedaran dadah. Tindakannya memaksakan ibu Lynn untuk membuat keputusan berpindah ke KL dan memulakan hidup yang baru.

There is ALI who struggles with a lack of self-esteem that gets in the way of making and performing his own music and who finds himself having to cope with his parents’ crumbling marriage due to his father’s failing business. As his family makes necessary changes that include pulling Ali out of private boarding school and selling off his sister’s apartment, Ali watches as the family is slowly torn apart.

ALI, anak seorang usahawan, ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali telah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya. Tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.

 

More comfortable portraying herself as the airhead flirt SOFIE is in fact the smartest of the group, aching to be taken seriously for her brains rather than her looks. But growing up in her mother’s two failed marriages and having to put up with her mother’s ongoing attempts at grooming her into the perfect trophy wife feed on her insecurities and eat into her brief but intense relationship with Ali.

SOFIE adalah seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, Sofie mula rasa tertekan menurut kehendakan ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali.


The joker of the group,
ABU is Ali’s steadfast friend and the girls’ willing ally whose tragic past leads him into a self-destructive cycle of petty theft and gang fights that all but severs his relationship with his father.

ABU ialah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan. Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin Bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.


ADII
,
Ali’s cousin,is the rock that holds the group together doing her best to deal with the embarrassing situations she is put in by her mother’s hearing problem. But the mysterious disappearance of a guy she met on the Internet holds her back from moving on fully with her life.

ADII, sepupu Ali, ialah seorang yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Tetapi Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.

As they each deal with their personal conflict, they learn that they are all on the same road to self-discovery and can no longer avoid coming to terms with self-doubt, relationships, parental pressures and the angst of living the banalities of life in the suburbs.

With the future of adult responsibilities closing in on them, the five friends take comfort in the one thing they can count on – their friendship – and music to define the most confusing time of their lives – the teenage years.